|
|
| Sunday, 26-Dec-2010 10:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
layan gambar lama jap
|
 |
|
anak yang ke 5
|
|
 |
|
masa raya 2010 tahun nie lah hehe..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Friday, 24-Dec-2010 10:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
rindunya...
|
|
Lama dah tak aktif maklumlah surirumahtangga sepenuh masa ....tak ada masa anak dah 5...aduh.... penat sangat... mane kawan lama aku ni...lama tak jumpa..
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 21-Oct-2008 05:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Tengoklah anak dara aku sorang nie ... macam macam kerenah macam ulat tak geti nak dok diam jap asal tinggal jap dia jerit kuat kuat .. pastu aysik sembur air liur puas isap ibu jari ganti pulak ibu jari kaki pening pening...
Nie pulak anak aku no 3 Arshad nie memang tengah lasak jenuh rasanya aku nak kejar..
Akim & akmal tak makan saman.. geram tegokkan dia nie tau balik sekolah tak geti salin baju macam tulah dulu aku balik sekolah tak salin baju emak aku bising hehe sekarang aku pulak yang kena
Gambar abang dengan jiran jiran masa buat jamuan hari raya..
muka dah penat sangat + geram tengok kerenah anak anak
layan jap orang laki dapat makan free (ada dinner office abang buat )
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 15-Oct-2008 06:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Untuk Pengetahuan Kita Bersama[/blue]
Kelebihan Halba

[color=red]Halba merupakan sejenis rempah yang terkenal semenjak dahulu lagi. Nama sains halba adalah Trigonella foenum-graecem.
Rasulullah saw bersabda :
> 'Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup
tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ? '
> Sila baca dan sebarkan . Tak perlulah berbelanja lebih sedangkan ubat
yang murah, berkesan dan mudah digunakan boleh didapati dengan mudah di
kedai mamak sahaja.
Rasulullah saw bersabda :
> ' Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup
tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas '(Books of Sufi Healing m.s.58)
> Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas
yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn
Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad
makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari
sakitnya.
> Rasulullah saw kemudiannya bersabda :
> ' Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)
> KEGUNAAN Halba
> 1. Diminum sebagai teh untuk
> - Melancarkan haid
> - Menghilangkan kembung,sebu dan senak
> - Pencuci perut
> - Menguatkan jantung
> - Menghilangkan lender tekak
> - Melegakan sakit kepala/ migraine
> - Membuang angin
> - Menyembuhkan buasir
> - Senggugut
> - Merangsang rahim
> - Kegemukan
> - Kurang berat badan
> - Mengawal kencing manis
> - Radang kulit dan Bisul
> 2. Teh Halba + Madu
> - Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
> - Anemia
> 3. Untuk anak2 yang baligh
> - kecergasan
> - kekuatan badan
> - Tumbesaran
> 4. Untuk ibu menyusu
> - Banyakkan air susu
> 5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.
> Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib
China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua
di dunia dan digunakan olehAl-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan
Yunani.
> Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.
> MANA NAK DAPAT Halba
> Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil
dipasaraya.
> Sila edarkan risalah ini semoga ada manafaat kepada orang ramai yang
berpenyakit tetapi tidak perlu berbelanja mahal untuk mencari penawarnya.
> InsyaAllah sembuh dengan izin Allah jua.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 6-Oct-2008 11:07 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Raya 2008
HA.. raya tahun nie kami sekeluarga warna ungu tahun lepas warna kuning ..raya tahun nie seronok sangat dapat raya sebelah suami & saya ..adil tapi penat sangat tak ada rehat asyik jalan aje jom kita tengok gambar ye...
ayah mertuaku tengah cucuk sate ehmm sedap nya
Qistina bukan main aje tak duduk diam asyik atas tangan aje kejap pas sana kejap pas sini susahlah emak balik rumah kita kalau nak dokong aje
Ayah n Qistina nie anak manja ayah nie
Keseronokkan anak anak main merecun pagi raya
Jom main meriam kasi gempak kampung
anak anak semuanya lepak tidur kat ruang tamu sebab dah ramai nasib baik aku tidur kat bilik
waktu bersalaman yang sedih nie terkenangkan dosa yang lampau kat emak
bersalam salaman sebelah suami
nak sulung hakim dah dapat siap sendiri senanglah aku sikit masa nie nak berangkat p Keluang jumpa tok Busu Layan....
gambar sebelah suami ramai tu ...
gambar sebelah saya biasa aje ramai juga lah tu sebab anak aku pun ramai heeeee
Jom kita tengok sapa nie
Family kak along suami dia tak dapat balik sebab ada tugas
Family kak Uda gambar kelabu sikitlah.. family dia ceria dengan puteri kesayangannya nurul huda
Family kak ana nie lagi simpoi jenis tak kisah kita layan zz
Family adik aku dia baru kahwin dengan suami baru sejak suami pertama dah meninggal dunia setahun lalu ..anak seorang tapi masa nie tak ada pergi jalan dengan mak angah dia
Ini pun adik aku kelakar tengok dia nie semua anak anak tak nak bergambar semua nak p kat emak masing masing... tapi alhamdulilah lah sekarang dia tengah mengandung tak lama lagi dia dapatlah baby yang di tunggu dah 3 thn...
Kita tengok macam mana orang laki nie jaga anak asyik kita aje sakit kepala biar sekali dia pulak
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 23-Sep-2008 09:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Lama tak up date ..sebab sibuk sangat maklumlah nak buat kuih raya lagi persiapan baju raya anak anak & suami ..pastu tempat kerja banyak kerja kadang kadang balik lambat nak berbuka puasa tak dan nak masak beli ajelah... tak ada masa . Ha ..sepena nak raya nie saya ingin memohon ampun dan maaf sekira ada silap dan salah .. sedih rasanya..
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 19-Aug-2008 08:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Adik bertunang
|
|
Adik bertunang pada 16 ogos 2008 , tapi sayang aku tak dapat hantar sebab si kecik comel aku demam ciyan dia .
adik beradik emak
Qistinabalqis demam lemah sangat badan dia mungkin tak tahan cuaca kot.
Qistina tak pakai baju sebab panas mak andak dia dokong hai..asyik atas tangan aje
|
|
|
|
|
|
| Monday, 28-Jul-2008 07:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Jom kita sama baca untuk menambah ilmu bagus untuk ibubapa n bakal menjadi ibubapa
Menyambut kelahiran bayi
Kaedah ini bertujuan memberitahu kepada suami akan beratnya kesakitan yang dihadapi oleh isteri ketika hendak melahirkan anak dan menuntut suami supaya sentiasa berada disamping isterinya agar beban kesakitan dapat dikurangkan.
Kaedah ini juga bagi membimbing suami supaya dapat menyambut kelahiran anak mengikut cara yang digarispandukan oleh Islam.
Aktiviti :
1. Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat-Saat Isteri Hendak Bersalin.
Alangkah gelisah dan kritikalnya saat-saat akan melahirkan anak lebih-lebih lagi bagi ibu yang pertama kalinya akan melahirkan anak. Suami perlu memberikan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan sabar, di samping suami harus banyak berdoa kepada Allah serta banyak beristighfar dan berselawat disamping membanyakkan bacaan surah Al-Insyiqa? dan surah Al-Hasyr.
Firman Allah Taal dalam surah Luqman ayat 14 :
Maksudnya : ?Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
2. Azan Di Telinga Kanan Dan Iqamah Di Telinga Kiri.
Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir dan diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat didengar oleh bayi ialah kalimah Allah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi? r.a. Rasulullah bersabda :
Maksudnya : ?Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a.?
Riwayat Abu Daud dan Tirmizi
3. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas.
Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
4. Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan.
Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekankan (ditahnikkan) di langit-langit bayi tersebut dengan membaca ayat 36, surah Ali-Imran :
Maksudnya : ?Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)?.
Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya?.
5. Melaksanakan Tuntutan Sempena Hari Ketujuh.
Memberikan nama yang baik.
Bapa dikehendaki menamakan anaknya dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kerana nama itu sendiri adalah merupakan doa kepada anaknya.
Rasulullah s.a.w. bersabda :
Maksudnya : ?Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu?.
Riwayat Abu Daud
Membaca Doa ketika memberikan nama anak.
Maksudnya : ?Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan ia pemimpin di waktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih.
Mengaqiqahkan anak.
Bapa hendaklah mengaqiqahkan anaknya kerana hukumnya adalah sunat mu?akad iaitu dengan mengadakna kenduri kesyukuran. Menyembelih 2 ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan. Sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh.
Rasulullah s.a.w. bersabda :
Maksudnya : ?Setiap anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya?.
Riwayat abu Daud
Ketika menyembelih aqiqah disuruh juga menyebut nama anak.
Maksudnya : ?Dengan nama Allah, Ya Allah untukMu dan bagiMu akikah ini dari ??(sebut nama anak)?.
Gesaan Aqiqah :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
Maksudnya : ?Kerkakanlah aqiqah bagi anak lelaki yang baru lahir, kerana itu hendaklah kamu menyembelih aqiqah dan jauhkanlah gangguan dari anak itu?.
Muttafaqun A?laih
Antara hikmah aqiqah adalah :
Membiiasakan berkorban bagi orang tua demi kepentingan bayi yang baru lahir di dunia.
Melindungi diri dari gangguan syaitan.
Bercukur rambut.
Adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mencukur rambut anaknya pada hari ke tujuh (dibotakkan) sama ada dilakukan olehnya sendiri atau orang lain.
Antara hikmah bercukur rambut adalah :
Hikmah kesihatan.
Dengan membuang, mencukur rambut anak yang baru lahir akan terbuka semua lubang rambutnya yang mungkin akan mengukuhkan pancaindera penglihatan, pernafasan dan pendengaran.
Hikmah kemasyarakatan.
Dapat bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.s. ia berkata :
Maksudnya : ?Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh supaya mencukur rambut cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak?.
Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud
Khurafat yang perlu ditinggalkan.
Mencukur bahagian-bahagian tertentu daripada kepala sebagaimana yang banyak dilakukan sekarang, kerana ini termasuk dalam perkara yang dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana maksud hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam dan bunga kerana amalan ini diambil dari budaya Hindu. Rasulullah bersabda :
Maksudnya : ?Barangsiapa yang menyerupai (meniru apa sahaja perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam) dengan sesuatu kaum (yang bukan Islam) maka ia tergolong daripada mereka?.
Mengkhatankan anak.
Bapa bertanggungjawab untuk mengkhatankan anak lelakinya. Dalam sebuah hadis disebutkan :
Maksudnya : ?Berkhatan itu sunat bagi lelaki, mulia bagi wanita?.
Riwayat Abu Daud
Walaupun demikian, amalan masyarakat kita mengkhatankan anak pada umur sebelas tahun atau dua belas tahun tidaklah menyalahi syarak. Adalah menjadi suatu yang baik sekiranya anak-anak sebelum dikhatankan terlebih dahulu diaturkan majlis khatam Al-Quran untuknya.
Antara faedah berkhatan adalah :
Melindungi daripada berbagai-bagai penyakit.
Membersihkan diri dari kekotoran.
6. Menyusukan Anak.
Demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu.
Firman allah Taala dalam surah Al-Bawarah ayat 233:
Maksudnya : ?Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu?.
Imam As-Syafie berkata
?Sihat atau tidak anak itu adalah bergantung sama ada anak disusui oleh susu ibu atau tidak walaupun sekali susuan?.
Kelebihan menyusukan anak :
Setiap tegukan dari susu ibu, Allah S.W.T. memberi pahala satu kebaikan.
Bila ibunya semalaman tidak dapat tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 28-Jul-2008 07:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Jom baca .. suka suka aje... benda nie..
Penentuan unsur seseorang ditentukan oleh anak yang keberapa dalam keluarga:-
a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh.
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas.
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas.
WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.
WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat.
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis.
6) Mudah menangis.
WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu
WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah
saya anak yang ke 5
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 26-Jul-2008 05:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
cita hubby pulak
|
|
Haa.. asyik cita pasal anak aku aje sampai qistina tak nak ambik gambar lagi dia rimas ... ciyan dia ..kita ambil gambar hubby pulak .. mesti hubby pelik hari nie aku ambik gambar dia heheheh .. hari nie aku nak cita tentang My hubby ... yang teramat aku cintai..
esok kita cita lain pulak ye...
|
|
|
|